Friday, July 16, 2010

LAPORAN RINGKAS PERTANDINGAN KAWAD KAKI K.R.S. DAERAH KINTA UTARA

Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Kinta Utara 2010
Pertandingan kawad kaki KRS kinta utara telah diadakan pada 3 Julai yang lalu.Berikutnya laporan ringkas daripada saya mengenai aktiviti yang telah berlangsung ini.
Butir-butir pertandingan:
TEMPAT : SMK WIRAJAYA
TARIKH : 3 Julai 2010
HARI :SABTU
MASA : 7.30-1.30

Setiap sekolah telah menghantar kontijen-kontijen masing-masing menyertai pertandingan ini. Sebanyak 31 kontijen yang terdiri daripada kadet putera dan puteri menyertainya.Sekolah kami pula menghantar sebuah kontijen yang mempunyai 34 peserta termasuk ketua platun dan peserta simpanan.(untuk melihat gambar -gambar yang lain,sila kunjungi link ini di facebook )-KETIKA PEMERIKSAAN PAKAIAN
-SEMASA KAWAD
Keputusan pertandingan bagi kategori kadet putera:

JOHAN - Anderson school
NAIB JOHAN- SMJK Poi Lam
KETIGA- SMK RPB

Keputusan pertandingan kategori kadet puteri:
JOHAN - SMK Convent Ipoh
NAIB JOHAN - Perak Girls School
KETIGA- SMJK Ave Maria Convent
-SELEPAS PENYAMPAIAN HADIAH
>KONTIJEN KRS SMC(SMK CONVENT IPOH)
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan tidak lupa juga tahniah kepada ketua platun kadet putera serta puteri terbaik.Kepada yang tidak berjaya, jangan mudah putus asa.Cuba lagi tahun depan. Semoga berjaya .
Sekian, Terima Kasih.

'ILMU IMAN AMAL'

Disediakan oleh,
Staf Sarjan Ai Ling

No comments:

Post a Comment