Thursday, December 01, 2011

KEM KENAIKAN PANGKAT DAN PENYERAHAN WATIKAH

Tarikh  : 23, 24, 25 September 2011

Tempat : PULARES, Batu Gajah

Pada 23 hingga 25 September 2011, telah diadakan Kem Kenaikan Pangkat dan Penyerahan Watikah di PULARES, batu gajah. Kem ini disertai oleh 40 orang kadet bersama leaders dan beberapa orang jurulatih dr luar serta beberapa orang guru pengirng.

Berikut merupakan beberapa gambar yg diambil sepanjang kem itu.

hari pertama selepas tiba di PULARES. Makan malam
ujian lisan sedang dijalankan
ujian bertulis dah habis, yay!
hari kedua, selesai berjoging keliling PULARES
senaman pagi dijalankan
ujian kawad kaki dijalankan
ujian bantuan mula. Kadet diberikan simulasi ketika CPR dijalankan
latihan memasang anduh dan CPR
ujian bearing
ujian tali
ujian kecergasan
malam kebudayaan
leaders membuat persembahan
hari terakhir. ujian membuat gajet. setiap kumpulan perlu menyiapkan satu gajet.
majlis penutup.
majlis penyerahan watikah. ahli exco board 2011/2012

Selesai sudah kem ini. Ada yg berjaya, ada juga yg tidak. Kpd yg berjaya, tahniah diucapkan. Kpd yg tidak, perbaiki kelemahan anda dan cuba lagi pada tahun hadapan. Sekian :)







LAPORAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI PERAK

Tarikh : 5 Julai 2011

Tempat : Kem Taming Sari RAJD SP, Taiping

Pada 5 Julai 2011, pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Convent telah sekali lagi menyertai Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri 2011. Berikut merupakan beberapa gambar yang diambil semasa pertandingan dijalankan.

Ketua Skuad, Cik Hidayah memberi 
sedikit nasihat kpd anak anak buahnya
Tuan Omar bersama Cik Hidayah. Sekalung penghargaan diberi 
kpd Tuan kerana telah membimbing pasukan sekolah kami.
Pemeriksaan pemakaian dijalankan


Kemenangan berpihak kpd pasukan daerah Taiping. Walaubagaimanapun, pasukan sekolah kami berjaya meraih tempat kedua atau Naib Johan pada kali ini. Tahniah diucapkan kpd semua peserta. Masih ada lagi tahun depan, jadi, berusahalah!

LAPORAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH


Tarikh  : 7 Mei 2011

Tempat : Briged Utara, PGA, Hulu Kinta

Pada 7 Mei 2011, pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Convent telah menyertai Karnival Kawad Kaki PBB SM Peringkat Daerah Utara 2011.  Karnival ini dirasmikan oleh YB Dato' Zainal Fadzi b. Hj. Paharudin, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. 

Terdapat dua kategori bagi PBB Kadet Remaja Sekolah, iaitu Lelaki dan Perempuan. PBB KRS perempuan disertai oleh beberapa buah sekolah iaitu

1.  SMK Kampung Pasir Puteh
2.  SMK Dr. Megat Khas
3.  SMK Tasek Damai
4.  SMK Raja Permaisuri Bainun
5.  SMK Perempuan Perak
6.  SMK Tarcisian Convent
7.  SMK Convent
8.  SMK Jalan Tasek
9.  SMK Tanjung Rambutan
10. SMK Teknik Persiaran Brash
11. SMK Lahat

Berkat usaha gigih dan kerjasama antara setiap ahli pasukan, pasukan sekolah kami berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjadi Johan PBB Kadet Remaja Sekolah kategori perempuan dan menjadikan ia sebagai kemenangan kedua di pertandingan yang sama pada tahun lepas. Tahniah dan syabas diucapkan. Tahniah juga diucapkan kpd Ketua Skuad kami, Cik Hidayah kerana berjaya menjadi Ketua Platun Terbaik pada tahun ini.