Saturday, January 04, 2014

New Year 2014

Pasukan Kadet Remaja SMK Convent Ipoh ingin mengucapkan selamat tahun baru 2014 kepada semua!!!!! Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada ahli pasukan kami yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2013 walaupun mereka menyertai segala pertandingan kawad kaki dalam pelbagai peringkat pada tahun 2013. Walaupun mereka terpaksa menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran,  mereka dapat membahagikan masa antara belajar dan menghadiri latihan kawad kaki. Tahniah kadet batch 98!!!!

Kami juga ingin mengalu-alukan kedatangan ahli baru terutama sekali kepada junior tingkatan satu 2014 yang ingin menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah dan menyertai kawad kaki KRS SMC pada tahun ini. Akhir kata kami berharap kami dapat mengekalkan kejuaraan dalam segala pertandingan kawad kaki yang kami akan sertai pada tahun ini. Sekian, terima kasih ;)


No comments:

Post a Comment