Saturday, January 04, 2014

Hari Sukan SMK Convent Ipoh 2013

Assalamualaikum

Sorry for the late update. Pada hari sukan tahun 2013, Pasukan Kadet Remaja SMK Convent Ipoh telah menyertai pertandingan kawad kaki sukan antara badan-badan unit beruniform yang lain. Antara pasukan yang menyertai acara perbarisan kawad kaki ini adalah Kadet Remaja Sekolah, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM),  Puteri Islam, Kadet Polis, Joyful Vanguard dan lain-lain.

Pasukan Kadet Remaja yang terdiri daripada 33 orang. Raptai dan hari sukan dilakukan pada hari yang sama. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang terjadi pada hari tersebut, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Kami berasa lega dan bangga dapat melalukan acara perbarisan itu dengan baik.

Tiba masa yang kami nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Keputusan diumumkan pada saat-saat akhir,kami berasa gementar pada waktu itu kerana jika kami tidak berjaya mendapat johan kami tidak dapat      mengkelkan kemenangan kami yang ke 6 tahun berturut-turut.

Keputusan diumumkan dan 33 orang PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH melonjak kegembiraan kerana kami sekali telah diumumkan sebagai JUARA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ada diantara kami yang menangis kerana terlalu gembira terutama sekali cik iffah,cik dina,cik athirah dan cik aina.Kami berpuas hati kerana dapat  membuat cik-cik berasa bangga dengan kejayaan kami.Kami berharap kami dapat mengekalkan kejayaan pada tahun ni.TERIMA KASIH CIK IFFAH,CIK DINA,CIK ATHIRAH DAN CIK AINA.Jasa anda amat kami hargai :)








No comments:

Post a Comment