Wednesday, September 11, 2013

Kawad Kaki Peringkat Daerah 2013

Haaaaaaaaaaaaai.

Pada 27 April 2013, pasukan KRS SMC Ipoh telah menyertai pertandingan Karnival Kawad Kaki Daerah Peringkat Kinta Utara 2013 bertempat di Kem PGA Ulu Kinta Perak. Alhamdulillah, ini merupakan kemenangan kami yang keempat berturut-turut. Terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu kami memenangi pertandingan ini terutama sekali kepada :

 Ketua Komander kami pada tahun 2013 iaitu Staf Sarjan Athirah Bt Md Sidik. Beliau telah banyak menghabiskan tenaga dan suara untuk memberi semangat untuk kami berkawad. Disebabkan beliau dengan suaranya yang lantang, kami bersemangat untuk berkawad dengan sebaiknya mungkin. Jasa beliau dengan suaranya amat amat amaaaaaaat kami hargai!!!!!!!


Ribuan terima kasih juga kepada Tuan Omar yang masih sudi membantu Pasukan KRS SMC sampai ke hari ini. Berkat tunjuk ajar dan sokongan tuan amat kami hargai dan terima kasih juga kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk memberi kami tunjuk ajar. Thank you, tuan! Tidak lupa juga kepada Cik Min yang sanggup mengajar dan bersabar dengan karenah kami. Terima kasih kepada yang telah menurunkan ilmu kepada komander kami sehingga beliau berjaya memmimpin pasukan kami. Thank you, Cik Min!



Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Dina dan Cik Dayah kerana sanggup mengorbankan masa mereka dengan mengajar dan menyokong kami. Kami juga amat menghargai masa yang dikorbankan oleh Cik Dina yang sepatutnya menghadiri temuduga untuk berkerja dan juga Cik Dayah yang sedang menghadapi peperiksaan pada masa itu. Kami pasukan KRS SMC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka. Jasa anda amat kami hargai. Thank you, cik! 


Berikut merupakan beberapa gambar yang telah diambil pada hari tersebut :






Kami pastinya tidak akan berjaya tanpa sokongan Leaders, cikgu-cikgu, rakan-rakan dan bimbingan drpd jurulatih kami. Sekian, terima kasih :D

No comments:

Post a Comment