Friday, September 03, 2010

Majlis Penyerahan Tugas & Perlantikan AJK 2010/2011

Ini dia tentatif program pada hari tersebut.

Untuk makluman semua ahli yang terlibat, diwajbkan(jika ada) memakai pakaian rasmi yang lengkap kecuali ahli yang belum mempunyai baju KRS no.4(full-u), anda perlu memakai T-shirt KRS.
Sekiranya tiada apa-apa baju yang berkaitan dengan KRS, pakai T-Shirt sekolah. JEANS tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan ini.
Kepada ahli yang akan hadir, sila maklumkan kepada ibu bapa masing-masing mengenai waktu bersurai iaitu pada pukul 11.30pagi.
Tetamu jemputan khas(V.I.P) turut hadir juga pada hari tersebut iaitu, 3 orang.
Guru yang akan hadir nanti adalah Puan Pengetua, Guru-guru PK(Penolong Kanan), Guru-guru GK(Guru Kanan), Guru-guru Penasihat, dan juga beberapa Jurulatih Kinta Utara.
Jangan lupa sampaikan kepada rakan-rakan yang akan hadir juga.
Selamat bercuti & Selamat Hari Raya :)
Sekian,T/K.

"ILMU IMAN AMAL"
-Staf.Sjn. Ailing

No comments:

Post a Comment