Thursday, December 01, 2011

LAPORAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH


Tarikh  : 7 Mei 2011

Tempat : Briged Utara, PGA, Hulu Kinta

Pada 7 Mei 2011, pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Convent telah menyertai Karnival Kawad Kaki PBB SM Peringkat Daerah Utara 2011.  Karnival ini dirasmikan oleh YB Dato' Zainal Fadzi b. Hj. Paharudin, Exco Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak. 

Terdapat dua kategori bagi PBB Kadet Remaja Sekolah, iaitu Lelaki dan Perempuan. PBB KRS perempuan disertai oleh beberapa buah sekolah iaitu

1.  SMK Kampung Pasir Puteh
2.  SMK Dr. Megat Khas
3.  SMK Tasek Damai
4.  SMK Raja Permaisuri Bainun
5.  SMK Perempuan Perak
6.  SMK Tarcisian Convent
7.  SMK Convent
8.  SMK Jalan Tasek
9.  SMK Tanjung Rambutan
10. SMK Teknik Persiaran Brash
11. SMK Lahat

Berkat usaha gigih dan kerjasama antara setiap ahli pasukan, pasukan sekolah kami berjaya mengharumkan nama sekolah dengan menjadi Johan PBB Kadet Remaja Sekolah kategori perempuan dan menjadikan ia sebagai kemenangan kedua di pertandingan yang sama pada tahun lepas. Tahniah dan syabas diucapkan. Tahniah juga diucapkan kpd Ketua Skuad kami, Cik Hidayah kerana berjaya menjadi Ketua Platun Terbaik pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment