Tuesday, September 08, 2009

KAWAD KAKI

- HUKUMAN BAGI MASUK BARISAN -

“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA GERAK, SKUAD HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA BARISAN DI HADAPAN DIMANA SAYA MENGHADAP.FAHAM ITU SKUAD”.

“TIGA BARISAN DIHADAPAN SAYA…..GERAK”

______________________________________________

-HUKUMAN BAGI MENGAWATKAN SKUAD -

“ASSALAMUALAIKUM/SELAMAT SEJAHTERA SKUAD.HARI INI SAYA AKAN MENGAWATKAN SKUAD.PENANDA DI SEBELAH KANAN IALAH (sebut nama penanda kanan) ,PENANDA DI SEBELAH KIRI IALAH (sebut nama penanda kiri) ,ITU ADALAH BARISAN HADAPAN, YANG TENGAH ,TENGAH JUGA, YANG BELAKANG, BELAKANG JUGA, HUKUMAN YANG SALAH JANGANLAH DIIKUT, HUKUMAN YANG BETUL MESTILAH DIIKUT DENGAN BAIK DAN CERGAS”.FAHAM ITU SKUAD”.

BAHASA HUKUMAN DAN PERBUATAN SKUAD

TUJUAN

HUKUMAN

PERBUATAN SKUAD

PARASKAN SKUAD

“YANG TINGGI KE KANAN, RENDAH KE KIRI, DALAM SATU BARISAN …PARAS

“KE KANAN …LURUS”

“DARI KANAN NOMBOR”

“NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN…NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG…GANJIL DAN GENAP GERAK”

“NOMBOR GANJIL BERGERAK KE KANAN, NOMBOR GENAP BERGERAK KE KIRI, BARISAN KANAN DAN KIRI PUSING”

“JADIKAN TIGA BARISAN CEPAT JALAN”

>KELUAR DARIPADA BARISAN DAN BUAT SEMULA BARISAN MENGIKUT KETINGGIAN

>SKUAD HITUNG NOMBOR DARI KANAN KE KIRI

>PENANDA KANAN DIAM

>PALING MUKA KE KANAN

>BARISAN PALING HADAPAN ANGKAT TANGAN DAN PALING KE KANAN

>IBU JARI MENCECAH BAHU DISEBELAH KANAN

*KIRAAN BAGI KE KANAN LURUS(1-2-2-1-2)

SENANG DIRI

“SENANG…DIRI”

>ANGKAT KAKI KANAN 45 DARJAH DAN HENTAK KE KANAN(KAKI KIRI TIDAK BERGERAK)

TANGAN DI BELAKANG DAN SIKU LURUS

JAGA SEDIA

“SKUAD / BARIS…SEDIA”

>ANGKAT KAKI KANAN DAN HENTAK PADAT DI KAKI KIRI(TERDENGAR SATU BUNYI SAHAJA)

>BERDIRI TEGAK ANGKAT DAGU,TANGAN LURUS KE BAWAH, JARI DIGENGGAM, IBU JARI MENUNJUK KE ARAH BUMI

BERGERAK KE KANAN DAN KIRI PUSING

“BERGERAK KE KANAN,KANAN…PUSING”

“BERGERAK KE KIRI,KIRI…PUSING”

>LUTUT LURUS

>(jika pusing kanan)PUSING KE KANAN 90 DARJAH ATAS TUMIT KAKI KANAN DAN HUJUNG KAKI KIRI

>ANGKAT KAKI KIRI DAN HENTAK PADAT DI SEBELAH KAKI KANAN

>(jika pusing kiri)PERBUATAN YANG SAMA BERGERAK KE KANAN

MENGHADAP KE BELAKANG DAN HADAPAN PUSING

“MENGHADAP KE HADAPAN, BELAKANG PUSING

(jika skuad sedang menghadap belakang)”

“MENGHADAP KE BELAKANG, BELAKANG PUSING

(jika skuad sedang menghadap hadapan)”

>PUSING KE HADAPAN DIMANA KOMANDER BERDIRI

>PUSING KE BELAKANG ANDA

HENTAK KAKI

“HENTAK… KAKI”

>ANGKAT KAKI 45 DARJAH DAN HENTAK BERMULA DENGAN KAKI KANAN

BERHENTI DARIPADA CEPAT JALAN ATAU HENTAK KAKI

“SKUAD …HENTI”

>HUKUMAN JATUH PADA KAKI KIRI

>’CHECK’KAKI KANAN DAN HENTAK KAKI KIRI DENGAN KIRAAN SATU DAN KANAN DENGAN DUA(CHECK-1-2)

PERLAHAN JALAN

“TUKAR LANGKAH PERLAHAN, PERLAHAN…JALAN”

>HENTAK KAKI KIRI DENGAN BUNYI LALU KELUARKAN KAKI KANAN DENGAN PERGERAKAN YANG PERLAHAN

BELAKANG PUSING SEMASA CEPAT JALAN

“MENGHADAP / BERGERAK KE BELAKANG / HADAPAN / KANAN / KIRI/ BELAKANG...PUSING”

>HUKUMAN JATUH KAKI KANAN,’CHECK’ KAKI KIRI, ‘IN’ KAKI KANAN DI TUMIT KAKI KIRI

>PUSING KAKI KIRI SEHINGGA TUMIT KAKI BERADA DI HUJUNG KAKI KANAN

>HENTAK KAKI KANAN DI SEBELAH KAKI KIRI DAN ‘CHECK’ KALI TERAKHIR DI KAKI KIRI

>MAJU

BELAKANG PUSING SEMASA PERLAHAN JALAN

“KE BELAKANG…PUSING”

>HUKUMAN JATUH KAKI KANAN, ‘CHECK’ KAKI KIRI PERLAHAN-LAHAN ,’IN’ KAKI KANAN DI TUMIT KAKI KIRI

>PUSING KAKI KIRI SEHINGGA TUMIT KAKI KIRI BERADA DI HUJUNG KAKI KANAN

>HENTAK KAKI KANAN PERLAHAN DISEBELAH KAKI KIRI DAN ‘CHECK’ KAKI KIRI (HENTAK)

>MAJU

HORMAT KE HADAPAN

“HORMAT, HORMAT KE HADAPAN …HORMAT”

>HUKUMAN JATUH KAKI KIRI

>’CHECK’ KAKI KANAN DAN HENTAK KAKI KANAN KIRI DAN KANAN BERTURUT-TURUT

>HORMAT SEBANYAK 2 KALI

>PUSING KE BELAKANG DAN MULA JALAN SEMULA

HORMAT SELAKU TERIMA SIJIL

“SELAKU TERIMA SIJIL, HORMAT KE HADAPAN …HORMAT”

>HUKUMAN JATUH KAKI KIRI

>’CHECK’ KAKI KANAN DAN HENTAK KAKI KIRI DAN KANAN BERTURUT-TURUT

>HORMAT, POTONG, MAJU, HENTAK, HULUR, TUTUP,

TARIK, UNDUR, HENTAK, HORMAT, HORMAT, POTONG

>BERGERAK KE BELAKANG DAN MAJU(jangan membelakangkan pemberi sijil)

BUKA/TUTUP BARISAN

“BUKA BARISAN…GERAK”

“TUTUP BARISAN …GERAK

>BARISAN HADAPAN GERAK 2 LANGKAH(LANGKAH PERTAMA 3O INCI DAN LANGKAH KEDUA PULA 15 INCI)BERMULA DENGAN KAKI KANAN

>BARISAN BELAKANG GERAK 2 LANGKAH KE BELAKANG(LANGKAH PERTAMA 3O INCI DAN LANGKAH KEDUA PULA 15 INCI)BERMULA DENGAN KAKI KANAN

>(TUTUP BARISAN) BARISAN HADAPAN GERAK 2 LANGKAH KE BELAKANG, BARISAN BELAKANG GERAK LANGKAH KE HADAPAN (SAMA SEPERTI BUKA BARISAN)

NOTA TAMBAHAN!

1)KAWAD STATIK(asas!)

> BERGERAK KE KANAN ,KANAN PUSING.

> BERGERAK KE KIRI,KIRI PUSING.

> MENGHADAP KE HADAPAN,BELAKANG PUSING (jika skuad sedang menghadap belakang)

> MENGHADAP KE BELAKANG BELAKANG PUSING.(jika skuad sedang menghadap hadapan)

2)KAWAD DINAMIK

>BUKA/TUTUP BARISAN

>HENTAK KAKI

>TUKAR LANGKAH PERLAHAN,PERLAHAN JALAN

>HORMAT KE HADAPAN HORMAT

>SELAKU TERIMA SIJIL,HORMAT KE HADAPAN HORMAT

>BELAKANG PUSING SEMASA CEPAT JALAN/PERLAHAN JALAN DAN SELANJUTNYA…

PERINGATAN PENTING!

- JANGAN SESEKALI MEMAKAI JAM TANGAN SEMASA BERKAWAD DEMI KESELAMATAN MASING-MASING.

- TIADA PERGERAKAN SEMASA HUKUMAN DIBERIKAN.

- LONTARKAN SUARA KETIKA MEMBERIKAN HUKUMAN.KETEGASAN AMAT DIPERLUKAN.

- SENTIASA CEKAP MENERIMA DAN MENDENGAR HUKUMAN.

- BERDIRI TEGAK, MENDAGU, MENDADA SERTA SENTIASA MEMANDANG 200 METER KE HADAPAN.

- ANGKAT KAKI BIAR PARAS DAN HENTAK KAKI HENDAKLAH BIAR PADAT.

- SENTIASA MEMERHATI SERTA MENGIKUT PENANDA DI SEBELAH PALING KANAN.

- SENTIASA MENGHORMATI KOMANDER SERTA AHLI KADET

REMAJA YANG LAIN.

3 comments: