Tuesday, September 08, 2009

PERLEMBAGAAN KRS

KURIKULUM LATIHAN BERDASARKAN 5 BIDANG AKTIVITI

-DISIPLIN DAN KEROHANIAN
-KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
-KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS)
-ALAM SEKITAR
-KEUSAHAWANAN


LOGO KRS



1.Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2.Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

4.Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5.Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6.Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

7.Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

8.Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.



BENDERA KRS

Warna Hijau melambangkan:

-Remaja yang masih boleh dibentuk.

-Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

-Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS

Cogan kata KRS ’ ILMU IMAN AMAL’:

ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.

AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.



LAGU KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah

Menuju satu ikatan bersaudara

Bersatu menjulang keamanan negara

Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi

Membentuk insan yang kreatif

Ke arah kecemerlangan diri

Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran

Menjadi bangsa Malaysia

Maju dan cemerlang remaja berwawasan

Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya

Ilmu, Iman dan Amal

Kekalkan di hati , dan jiwamu

Wawasan Kadet Remaja Sekolah



SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah,Jalan Kepong,Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).Keahlian adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1 dan 2.Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berahklak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN).Mulai tahun 1989,beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan;bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993,dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr.Wan Mohd Zahid b.Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September1993.Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini.Hasil daripada pretemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).
Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KDET REMAJA ISLAM (KRIS).Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan olah Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr.Wan Mohd Zahid telah membuatkeputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan.Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj.Abdul Razak,Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.Pada bulan Novemebr-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri.Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yag lain.Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan kerohanian setiap anggota pasukan.Pelajar yang menganggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.



OBJEKTIF KADET REMAJA SEKOLAH

1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3. Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.

4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. Membina generasi pelajar patriotik dan menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7. Membina dan mengembangkan kefahaman,kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta keupayaan untuk bertindak wajar.

No comments:

Post a Comment