Friday, November 13, 2009

Laporan Kem Skuad Elite & Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal


Pada 7 & 8 November 2009 yang lalu, Pasukan Kadet Rem
aja Sekolah kita telah menganjurkan Kem Skuad Elit dan Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal dan Koperal yang telah berlangsung di perkarangan sekolah SMK Convent, Ipoh selama 2 hari 1 malam dengan iringan beberapa orang guru penasihat iaitu, Pn Rosmawati,Cik Wan ,dan Cik Azilawati.

Selepas pendaftaran, mereka pun berkumpul di gelanggang bola tampar untuk sesi taklimat mengenai kem...



Pada hari pertama iaitu 7 November,Kem Skuad Elite telah dijalankan...
Aktiviti Kawad



Sewaktu aktiviti ikatan tali



Semasa bantuan mula. Ltf M.Bashiruddin sdg menunjukkan cara bagaimana hendak memberikan kaedah CPR kepada mangsa.
___________________________________________________________

Pada hari kedua iaitu 8 November, Kursus Kenaikan Pangkat dijalankan...

Kursus kenaikan pangkat tersebut adalah dinilai dari beberapa aspek iaitu kawad, ikatan tali,ujian bertulis ,bantuan mula ,perlembagaan ,ujian kecergasan serta keusahawanan.
Senaman pagi


Ujian bantuan mula


Ujian kawad



Ujian bertulis




Ujian ikatan tali


Di samping itu,kami juga telah menjemput beberapa orang pembantu jurulatih (Helpers) luar ke kem kali ini.Seramai 47 orang anggota kadet yang mendaftarkan diri dan menghadiri kem tersebut. Sebanyak 14 orang telah berjaya mendapat pangkat koperal serta 19 orang anggota kadet telah mendapat pangkat lans koperal. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.Untuk yang tidak berjaya pada kali ini, janganlah bersedih. Banyak lagi peluang yang masih menunggu anda.Semoga anda berjaya pada masa akan datang nanti.Di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan. Dengan itu, pihak Pasukan Kadet Remaja Sekolah kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada helpers yang terlibat bersama untuk menjayakan kem ini.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru penasihat kami yang telah menyokong dan membantu kami dalam menjayakan kem ini. Akhir sekali,terima kasih kepada anggota-anggota kadet yang telah menyertai kem ini. Segala usaha guru-guru,helpers dan kadet-kadet sekalian amat kami hargai.
Helper-helpers sekalian,
barisan pertama
:
Ltf M.Norazmil, Staf Sarjan Ai Ling(SMC), Ltf M.Noor Mohd Fadhly
barisan kedua: Staf Sarjan Amirrul Kashaf (SM.Teknik Brash), Staf Sarjan Athirah Azhar(SMC), PW 1 Norfarlina(SMC) ,Staf Sarjan Zalila(SMC), Staf Sarjan Munirah(SMK BERCHAM), Ltf M.Zulhairy
barisan ketiga: PW 1 Syahrunaim (SMK SYS),PW 2 Aswad (SMK SYS), dan Azren.

*
untuk lebih banyak gambar lagi ,anda boleh melayari link myspace saya ini di http://www.myspace.com/khor93

*minta maaf jika ada tersalah eja nama sesiapa. Ini sahaja gambar helpers yang saya ada, 3 orang helpers
lain tiada dalam gambar ini.Antaranya ialah PW 2 Anisah (SMC), Sarjan Nur Athirah (SMC) dan Sarjan Fatin Shazwani (SMC)

-Sekian Sahaja-
.: ILMU IMAN AMAL :.
.: BANGKIT TANPA GENTAR :.

No comments:

Post a Comment