Wednesday, December 23, 2009

RESIPI UTAMA MENGURUS PAPAN KENYATAAN

Salam kembali, telah sekian lama saya tidak update kandungan blog ini atas sebab-sebab tertentu.Akhirnya hari ini sempat juga saya melakukannya.
Artikel yang ingin saya berkongsi bersama pada hari ini, adalah cara mengurus papan kenyataan.Artikel ini menerangkan tentang pengurusan papan kenyataan sesuatu organisasi mahupun persatuan dan kelab.Dengan itu, saya berharap artikel ini memberikan faedah kepada mana-mana organisasi atau persatuan yang mengamalkan cara pengurusan tersebut.


.....................................................................

1)APA PENTINGNYA PAPAN KENYATAAN?

2)APAKAH YANG PERLU ADA PADA PAPAN KENYATAAN


TAMPAL CARTA ORGANISASI
Pastikan pada papan kenyataan anda tertampal carta organisasi yang terkini berserta dengan gambar setiap ahli jawatankuasa sekali.Ini membolehkan ahli yang lain mengenali siapa yang menerajui organisasi itu. Selain daripada itu,ia membolehkan ahli-ahli lain merujuk kepada yang berkenaan apabila terdapat sebarang kesulitan dan pertanyaan.


BAHAGIKAN PAPAN KENYATAAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN
Papan kenyataan perlulah dibahagi kepada beberapa bahagian supaya ia nampak lebih teratur dan informasi tidah bercampur aduk. Ini menyulitkan ahli lain bagi mengetahui informasi terkini berkenaan organisasi itu. sdeiakan bahagian pemberitahuan kerana bahagian ini penting bagi sebarang pengumuman terkini seperti memo panggilan mesyuarat.



HIAS PAPAN KENYATAAN SEADANYA
Hias papan kenyataan supaya nampak menarik dan santai. Jangan terlebih hias, ditakuti memburukkan lagi keadaan. Hiasan yang ringkas tetapi menarik pasti mendorong minat orang untuk dekat dan membacanya. Penggunaan warna penting untuk menarik perhatian orang ramai. Elakkan daripada menggunakan warna yang suram.


KEMAS KINI PAPAN KENYATAAN SETIAP MINGGU
Papan kenyataan perlu dikemas kini setiap minggu kerana ia adalah sumber maklumat kepada ahli-ahli lain. Kemas kini papan kenyataan dari semasa ke semasa dengan menanggalkan memo atau notis pemberitahuan aktiviti yang sudah lepas.

TAMPAL GAMBAR-GAMBAR PROGRAM YANG BARU DIJALANKAN PADA PAPAN KENYATAAN
selain daripada notis,memo dam pemberitahuan, gambar-gambar program yang baru dijalankan juga boleh ditampalkan di papan kenyataan. Ini menunjukkan betapa aktifnya persatuan itu. secara langsung, ia dapat menaikkan lagi nama persatuan atau organisasi.


KUNCI PAPAN KENYATAAN
Papan kenyataan yang mempunyai banyak informasi penting mestilah dikunci bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Kunci perlu disimpan oleh ahli jawatankuasa atasan sahaja bagi mengawal keselamatan maklumat yang ada pada papan kenyataan.


SEDIAKAN KOTAK ATAU PETI CADANGAN BERHAMPIRAN PAPAN KENYATAAN
Cadangan daripada ahli lain juga berharga kepada setiap organisasi. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Menerima cadangan daripada orang lain menunjukkan kita bersikap keterbukaan sekali gus dapat mengetahui apakah pandangan orang lain.

LANTIK AJK SEKIRANYA PERLU
Sekiranya perlu,lantik AJK yang dapat membantu menguruskan papan kenyataan. Seorang sudah memadai bagi menguruskan papan kenyataan. Dengan adanya AJK, papan kenyataan kita lebih terurus dan terkini dalam segala informasi.

DAPATKAN MAKLUMAT-MAKLUMAT TAMBAHAN DARIPADA AHLI JAWATANKUASA ATAUPUN AHLI-AHLI
Bagi tujuan mengemas kini papan kenyataan , dapatkan maklumat daripada AJK ataupun ahli-ahli biasa. Mungkin mereka juga ada berita-berita yang mahu dikongsi ataupun dihebahkan kepada ahli lain.


Semoga setiap organisasi ataupun persatuan akan mengambil manfaat terhadap artikel ini untuk memajukan lagi persatuan mereka serta memantapkan lagi pengurusan papan kenyataan masing-masing.



-Sekian sahaja .Terima kasih.-

"ILMU IMAN AMAL"

1 comment: