Tuesday, June 12, 2012

update update

KAWAD KAKI DAERAH KINTA UTARA 2012
Pada 14 April 2012, pasukan KRS SMC telah menyertai Karnival Kaki daerah Kinta Utara brtmpt di TUDM Gopeng. Sebanyak 80 buah sekolah termasuk sekolah rendah telah menyertai karnival ini. SMC telah dipilih sebagai penanda bagi kontijen KRS Puteri manakala SMK Anderson pula penanda bagi kontijen KRS Putera.

Kami berkumpul di sekolah seawal 6 pagi. Setelah selesai menunaikan solat Subuh, kami diberi sarapan oleh guru pengiring. Guru pengiring kami pada hari itu ialah Cik Norul Aishah,  Pn. Khirizan, Pn. Lena, Cik Marsanah, Pn. Wahidah dan Cik Zairin. setelah selesai bersarapan, kami dikehendaki berkumpul untuk membetulkan apa yg patut. Tepat pukul 7 kami pun bertolak.

Dalam perjalanan ke sana, ketua platun,Sharmin Suraya tidak putus putus memberi semangat dan sokongan kpd para kadet yang menyertai pertandingan tersebut. Beberapa minit kemudian, kami tiba di tempat tersebut.

Kami merupakan giliran yang kelapan. Terdapat ramai badan unit beruniform yang mengambil bahagian. Tidak kurang juga para pengunjung yang hadir untuk memeriahkan lagi karnival tersebut.

Setelah pemeriksaan pakaian, kami dikehendaki untuk menunggu giliran di tepi padang kawad. Akhirnya, tibalah giliran kami. Kami berasa berdebar debar kerana apa yang diusahakan selama ini, akan habis jua. Bak kata Tuan Omar, jurulatih kami, "Habiskan semua kat sini. Apa yg korang training selama ni, biar habis kat sini jugak."

Tamatlah giliran kami. Setelah diberi taklimat oleh Leaders,kami diberi kebebasan untuk mengunjungi gerai gerai jualan di situ. Tetapi yg paling menarik hati ialah, gerai paintball. Di situ, para pengunjung diberi peluang bermain paintball dgn harga yg berpatutan.

Tepat pukul 2, tibalah acara kemuncak. Kami dihiburkan dgn persembahan payung terjun dan Kumpulan Pancaragam TUDM. Tibalah acara penyampaian hadiah. Kami berasa takut. Ada juga yang mengalirkan air mata. Akhirnya, kami telah diumumkan sebagai Juara bagi Kontijn KRS Puteri. Ini merupakan kemenangan yg ketiga. Kami berasa bangga dgn pencapaian kami. Apa yg diusahakan selama ini, kami mendapat ganjarannya. SMK Tasik Damai berjaya meraih kemenangan bagi Kontijen KRS Putera. Ini melayakkan kami untuk terus ke peringkat negeri.

Kami pastinya tidak akan berjaya tanpa sokongan Leaders, cikgu-cikgu, rakan-rakan dan bimbingan drpd jurulatih kami.

SEKIAN ;D












No comments:

Post a Comment