Thursday, September 20, 2012

SORRY FOR THE LATE UPDATE

SPORTS DAY 2012 SMK CONVENT


Pada hari tersebut, seperti biasa, acara tiap tiap tahun yang sangat dinanti-nantikan oleh badan beruniform iaitu acara perbarisan. Perbarisan ini disertai oleh semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah.

Pasukan kami yg terdiri drpd 33 orang. Raptai dan hari Sukan diadakan pada hari yang sama disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, walaupun penat, kami berjaya mengharunginya pada waktu pagi dan petang semasa acara berlangsung. Kami yakin bahawa kami telah cuba sebaik mungkin. 

Selesai semua acara, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah. Keputusan perbarisan diumumkan pada saat saat akhir. Kami agak gabra waktu itu kerana jika kami berjaya menjadi johan, ia merupakan kemenangan kami buat kami kelima.

"Johan acara perbarisan antara badan beruniform Olahraga Tahunan Sekolah, jatuh kepada, KADET REMAJA SEKOLAH!" Satu skuad menjerit kegembiraan apabila mendengar pengumuman tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat :D


No comments:

Post a Comment